orait. aku bertolak dari klia 930 pm, sampai kat auckland 750 am
makanan MAS airlines auummmmm sedap seyh.. haha. makan
duak kali je serve, jangan tak makan.. rugiiii hahaha
masa berlepas tu menangis jugak la kan. heh wat malu je.
aku tau ramai yang nak nangis tapi duk kontrol je tu. heh
ingat aku tak tahu ke? ok2
then pukul 410 pm tolak dari auckland ke wellington.
dapat gak aku duk sebelah tingkap. hehe. pengalaman naik
kapal terbang kali pertama sangat menarik. aku agak jakun
but hey, ade aku kisah? kau nak gelakkan aku budak kampung
ke aku pedulik ape kan? im enjoying my first ride! hihi
then sampai dalam 5 ++ pm and naik van ke town welington
hantar sekor2 pergi rumah sewa masing2.. aku sekarang
bersiaran langsung dari education house, baru beli topup
berukben $10 seminggu ye adik2. kau ingat buleh dapat
free? heh.
education house agak bandar la kan. cewah. ko nak ape
semua ade sekeliling. dan rumah ni private gile. bilik air
kau punye. dapur kau punye. nak berak tak tutup pintu
pun takpe. haha. tapi sakit la nak bayar sebulan $1000 kan.
dah nasib badan nak wat camne. huwa2
ok2 nak bagi tips pasal flight. jangan datang lewat, nanti
kena marah dengan zul. aku dah terkena bai. kargo luggage 25
and below sahaja. tapi ade je yang luggage sampai 27 kg
pun terlepas jugak. nasib badan lah ye.
cabin luggage aku tadi 9.4 kg. patutnya 5 kg kan? tapi lepas aje.
aku takde lak bela2 syaiton ke ape.. haha so nak bagitahu.. sabun2
ubat gigi pewangi letak la dalam kargo luggage. dalam cabin luggage
cume letak botol2 kecik cam deodorant ke.. mini facial ke.. tak
boleh lebih dari 100 ml. sila paham tu. kang jadi macam tutttt
tak buleh bawak sabun ubat gigi ape sume.. cian die.. hehe
ok. yang aku tengok, kalau dah lepas kastam kat msia, boleh
lepas kastam NZ jugak. but who knows kan? so jangan takut
untuk bawak barang banyak2. asalkan not more than 25 kilo.
paham?
tentang solat. surau kat klia agak kecik so takyah la nak pakai2
telekung. sedia kan stokin aje. buleh? aku syorkan jangan bawak
handbag sebab satu beg laptop, satu cabin luggage, dan satu kargo
luggage pun dah boleh wat kau seksa.. tkyah mekap, muka kau
tetap berminyak jugak nanti. hahhha.. dan tiket2 pasport ape
sume letak dalam poket lounge suit aje. senang. ok? sebab aku
pun tak tahu lah berapa puloh kali nak kena scan. heh.
OH YE. TAK PAYAH BAWAK XRAY, ANNETTE TANYE?
WHY DO YOU BRING UR XRAY? WE ALREADY HAVE UR
MEDICAL CHECK UP REPORT. PFFFFFFFFFFFFFFTTTTTT
terseksa tahu tak nak bawak gambar tulang rusuk sendiri?heh!
so korang beruntung sebab aku bagitahu ini.
paling penting passport dengan boarding pass. jangan cicir. tak
merasa kau nanti kesejukan di sini.hehe.. cuaca kat auckland
agak sama dengan malaysia tadi. tapi bila sampai welly dah
boleh rasa dingin nya pagi. haha padahal dah petang.. fine.
oh ya, welly 5 jam lebih awal dari malaysia so.. sekarang pukul
1139 pm kat welly.. korang lak baruuu je balik dari main bola
sepak atau tonton astro kan?? hihi
staff kat sini semuanya sumpah friendly habis.. siap tolong
angkat kan beg la.. terima kasih terima kasih.. pasal loghat..
boleh je paham staff kat sini cakap, cuma sir jonathan je apesal
la aku susah nau nak paham ape dia cakap. huhu.. takpe2 buleh
adapt.
kalau kat auckland airport die tanye pasal declaration kau
(pasal ape yang kau bawak dalam luggage) kalau dia tanya do you
bring any spices? dan kau jawab yes. dan dia tanya is it home made
or in packets? so kau jawab la in packets. sebab kalau kau jawab
home made. kau takkan lepas. percayalah. hahha. eh aku bawak
nescafe 3 in 1 selamber aje? eh dan jugak sebenarnye grads card tu
boleh guna mana2 pun la.. bukan one way saje. sape yang wat cerita
onar ni meh sini aku lempang nak?
ade ape2 soalan? sila tnya kat bahagian komen tq







